"Barangsiapa tiada semangat permulaan yang membakar,
maka tiada baginya kejayaan pengakhiran yang gemilang" (Ibnu 'Atoillah)
"Barangsiapa tiada
semangat permulaan yang membakar, maka tiada baginya kejayaan pengakhiran yang
gemilang" (Ibnu 'Atoillah)
from: abdul aziz mazlan
walaupun email ni panjang tapi
manfaatnye besar.. bacalah...dan renungkanlah.. ana dapat dari
#surau....chatting..
“Orang yang berani
diketahui keberaniannya ketika berjuang
Orang yang pemaaf
akan diketahui sifatnya ketika marah
Orang yang amanah
diketahui ketika mengambil dan menerima
Dan orang yang
mengaku bersaudara akan diketahui kebenaran pengakuannya ketika temannya dalam
kesusahan” ~pujangga arab~
Maka di sini bermula.. Di sini
saya ingin memaparkan persoalan yang senantiasa ditanyai oleh kawan kawan chat
saya semuga ia boleh menjadi iktibar bersama dan menjadi pengajaran bersama
kerana ia boleh melalaikan kita sendiri selaku peng'chat'.
Masalah percaya atau tidak
percaya, bukan pokok. Dan tidak salah jika seseorang lelaki itu atas dasarnya
ingin mencari calun isteri.Tetapi pokok persoalan nya sejauh manakah patut
hadir rasa cinta dan cara perlaksanaannya.
Masalahnya sejauh manakah di
anatara kita dapat mengawal perasaan
sendiri?????
Malah apa yang saya lihat,
ramai sekali mudah jatuh hati pada seseorang tanpa mempertimbangkan unsur-unsur
agama ialah 'sekufu'. Dalam erti mudah, kesesuaian diantarajiwa , hati baik dari segi rohani,
sifat diri,akhlak, back ground agama, kekeluargaan, harta dll perlu di ambil
kira.
Saya telah lihat ramai jatuh
hati kerana sandaran nama yang cantik yang di bayangi rupa yang cantik, susunan
kata kata manja yang menarik perhatian , penerusan ungkapan manja yang sekaligus melalaikan kita walaupun baru 4/5
kali chat dan kemudian diekori dengan tarikan suara lunak dalam telefon yang
berterusan.
Malah hadiri rasa rindu yang
tak terkawal kerana 'asyik' tanpa dapat mengimbangi akal yang baik. Memang benar kata orang
'cinta itu buta'.
Ia akan buta di mata orang
yang tidak dapat menilainya dan memikirkan secara rasional..Kawallah emosi anda
dan sabarlah untu 'masa'. Dalam chat ini, saya lihat lelaki dan perempuan tidak
segan silu menyebut perkataan 'sayang' dan bahasa yang menggoda.
Sesungguhnya bermula dari usik
mengusik begitu akan membuahkan rasa 'zina hati'. Jika benar benar anda ingin
kan perempuan itu untuk di jadikan isteri; bersifatlah
gentleman------bercakaplah berterus terang setelah anda benar benar yakin.
Ingatlah:-" Aku tidak
meninggalkan sesudahku satu fitnah yang lebih berbahaya kepada lelaki melainkan
wanita" (Muttafaq Alaihi)
Ingatlah:-" Aku tidak
meninggalkan sesudahku satu fitnah yang lebih berbahaya kepada lelaki melainkan
wanita" (Muttafaq Alaihi)
Simpanlah rasa hati anda dan
jika anda benar-benar jujur; beranilah berterus terang terhadapnya. Hormatilah
pendiriannya dan biarlah secara perlahan-lahan senan anda tidak mengenali
sebenar akan dirinya. Manusia bisa menipu untuk menunjukkan kebaikan dirinya
sendiri.
Kalau di ikutkan cara
pergaulan sebenar dalam Islam; lelaki bukan ajnabi tidak layak untuk melihat
rupa mahupun berhubungan dengan kaum wanita walaupun dalam bentuk tulisan
apalagi kalau berjumpa. Selaku kita yang terlalu lemah dan dhaif ini dan iman
diri tak dapat membentengi
nafsu....hendak janganlah menghampiri zina..yakni jagalah agar perbuatan kita
terkawal..Tulislah email dalam kadar batas dan pergaulan yang perlu saja.
Nyatakan pendirian anda,
akhlak mahupun yang baik dan buruk, dan jangan menipu; nescaya akan menjerat
diri sendiri,sebab andaikata ditakdirkan oleh Allah, anda berdua benar-benar
menjadi jodoh di antara kedua-duanya. Tidak berguna menyesal di kemudian hari
sebab tiada kerasian dan kesefahaman.
Malah seorang Ustaz pernah
bercerita dengan saya di dalam chat MRIC, seorang pasangan kenalan telah sepakat untuk
berkahwinsetelah bertukar gambar dan
bercakap melalui telefon..
Amalan yang khusus sepertimana
yang di terangkan kepada saya; kamu hendaklah lihat dia secara nyata ( face to
face) bagi memperkenankan pandangan mata masing-masing tetapi hendaklah di
temani oleh mahram kamu di tempat yang tidak menimbulkan fitnah.
Ini
tidak......................Saya dengari dari sahabat-sahabat lain ada juga yang
membuat 'Blind Date' tanpa pengetahuan ahli keluarga dan ia menonjolkan sifat
pemuda pemudi Muslim yang tidak berakhlak. Jangan nak kata , orang yang pernah
berusrah menganggotai kumpulan perbincangan Islam) pun tidak tahan hati.
Saya berharap benar agar
sahabat-sahabatku semua agar faham dan jagalah maruah diri masing masing .Jangan
terlalu berani dan tanamkan sifat malu kerana firman ALlah Ta'ala
"Sesungguhnya orang orang yang beriman itu bila di sebut nama Allah maka
gementarlah hati mereka" dan
"Bertambah-tambahlah keimanannya".
Jika anda hanya ingin
bersahabat biasa ajepun. jikalau teringin mengenali bagi kedua belah pihak pun; eloklah juga
ditemani mahram bagi.menghindarkan fitnah. Kuranglah bertelefon kerana
masa yang panjang dan kekerapan hanya akan membenarkan syaitan melunakkan hati
masing masing dalam keadaan asyik. Gunakanlah suara yang mendatar dan
bercakaplah secara formal.
Apa salahnya guna kaedah email
yang nyata lebih terancang dan lebih berhati., Malah masukkanlah ingatan akan
pergaulan cara Islam yang bisa mendidik
hati sendiri dan teman anda untuk memperbaiki kelemahan masing masing.Salinglah
tegur menegur dan nasihat menasihati, Itulah cinta yang hakiki.
Ia bukan sahaja sebagai
benteng pertahanan diri. Hargailah pendirian teman anda. Sesungguhnya segala
kebaikan akan kelihatan 'gharib/asing' buat kebanyakan manusia.
Jika anda menghajati seseorang
untuk di jadikan calun suami/isteri atau mencintai seseorang tetapi teman anda
seolah tidak dapat memberi keputusan atau perasaan anda ditolak; redhalah
dengan hati yang tenang kerana orang yang beriman akan tenang; redha dan
memperhalusi gerak gerinya sendiri.
Kesabaran dan kebijaksanaan
akan membuahkan hasil yang cantik dan nyata. Jangan mengambil jalan yang
singkat kerana tuntutan hawa dan nafsu.
Riwayat Al Imam Ibn Abd Barri
dan Abdul Ghassan (Riwayat Muslim) " Kamu sentiasa menjadi alim selagi
kamu menjadi pelajar; maka apabila kamu merasa cukup (perasaan kaya ilmu)...
kamu telah menjadi jahil"
Wahai semua sahabat tenet yang
ku kasihi, Sesungguhnya rasa sayang terhadap sesama sahabat tak dapat kita
bendung. Adakala kita tersalah tafsir akan perasaan diri sendiri dan ada juga
teman tersalah tafsir akan kata kata kita....So, bagi memudahkan pemahaman yang
jelas ...nyatakan perasaan anda secara jujur .
Ada juga oleh kerana ruang masa berchat mengisi kekosongan hati mereka yang menyebab kan mereka terlalai.
bergurau biarlah sekadar asas gurauan yang baik dan berchat biarlah asas kata
-kata yang baik dan berhikmah.
Sesungguhnya ia akan melatih
dan mengikis sifat sifat mazmunah (sifat sifat keji) pada diri sendiri..
Janganlah kamu jatuh cinta ke dalam perangkap samar seorang wanita yang
kelihatan seperti rupawan. Janganlah
guna ayat pujuk rayu sehingga menggoda perasaan orang.
Malah Saidina Ali (r.a) telah
berkata, akhlak dan laku adalah asas pokok iman. Orang yang mencintai Allah ,
dia berhati hati kerana Sabda Rasulullah (s.a.w) :
"Kebekuan air mata itu
dari kerasnya hati, Kekerasan hati itu dari banyaknya dosa, Banyaknya dosa itu
dari sebab banyaknya angan angan mencintai dunia dan cinta dunia itu sumber segala
dosa"
Oleh itu janganlah menghampiri
fitnah, yakni pergaulan yang tidak terbatas dalam Islam..Bukan masalah sombong,
dan main main tetapi pokoknya iman dan akhlak hendaklah dijaga. Sesungguhnya
'Jihad hati' yang perlu kita tangani bersama. Cinta yang hakiki hanyalah pada
Allah sahaja; .sesungguhnya cinta kepada manusia hanya sementara;
Jika benar anda ingin tebarkan rasa cinta pada lelaki dan
wanita itu ; tebarkanlah oleh kerana mengharapkan keredhaan Allah..
Janganlah sahabat sahabatku
menjadi perosak iman tetapi jadilah pembimbing keimanan. Dan akhir sekali, ada
satu cerita mengenai betapa perempuan dan lelaki wajib menjaga hawa nafsu masiing-masing.
Diceritakan :dari Asy Syaikh Al Imam Abu Nashir As Samarqand .....
Diceritakan :dari Asy Syaikh Al
Imam Abu Nashir As Samarqand .....
"Adalah Hasan Bashri
semasa mudanya, tampak segak mengenakan pakaian yang serba indah dan sering
berjalan mengelilingi kota Basra. Tiba-tiba dia terlihat wanita cantik jelita
bertubuh padat dan berisi maka Hasan Bashri mengikuti di belakangnya.Si wanita
itu menoleh ke belakang seraya berkata :
"Apakah engkau tidak malu
??? "
"Malu kepada
siapa?", kata Hassan Bashri
"Malu kepada Dzat (Allah)
yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terletak di dalam
kalbu", jawab wanita itu.
Oleh kerana timbul rasa cinta,
tidak sabar dan tidak terkuasai nafsunya, Hasan Bashri terus menerus mengikuti
wanita ini.
Jawab wanita itu : - Mengapa
engkau selalu terus mengikuti aku
Kata pemuda itu :
"Sesungguhnya aku terpesona dengan pandangan matamu"
Jawab wanita itu
:"Kembalilah, nanti saya akan kirimkan padamu, apa-apa yang engkau
inginkan
Hasan Bashri mengira, bahawa
wanita itu telah merasa bahawa cintanya disambut maka dia pun kembali.Maka
datanglah seorang pelayan wanita mengadap Hasan Bashri dengan membawa sebuah
nampan yang tertutup dengan saputangannya.Hasan Bashri membuka penutup,
terpandang akan sepasang mata wanita tadi.Kata pelayan itu : "Sesungguhnya
berkata ... saya tidak inginkan mata yang menyebabkan timbulnya fitnah
(terpesona) seseorang"
Gementarlah hati Hasan Bashri,
berdirilah bulu romanya serta dipegangi dagunya seraya berkata,"Sungguh
celaka engkau, sudah berjanggut tidak lebih malu daripada wanita itu
"Diapun menyesal dan bertaubat dari
saat itu, berterus-terusan menangis semalaman. Pagi-pagi harinya, dia datang ke
rumah wanita itu, untuk meminta maaf dan menghalalkan kesalahannya tetapi
pemilik mata tersebut telah meninggal dunia. Hasan Bashri menangis sehingga 3
hari lamanya dan pada malam ketiga bermimpi melihat wanita itu sedap duduk di
dalam syurga dan Hasan Bashri berkata kepadanya dalam mimpi."Halalkanlah
olehmu segala kesalahan saya "Kata wanita itu ; "Sesungguhnya semua
telah saya halalkan kerana saya telah memperoleh kebaikan yang banyak dari
Allah, oleh sebab engkau"
Kata Hasan lagi ;
"Berilah aku nasihatmu"
"Kalau engkau
bersendirian, berzikirlah {ingatlah} kepada AllahTa'ala dan setiap pagi dan
petang beristighfarlah kepada Allah serta bertaubatlah kepadaNya. "Pemuda
itu menerima nasihatnya serta melaksanakannya sehingga dia menjadi orang
terkenal di kalangan masyarakat kerana kezuhudannya serta ketaatannya kepada
Allah Taala.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar