Berikut adalah 40 nasihat
Saiyidina Ali sebagaimana yang terdapat idalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan
Wattabyeen r.a. :
1.
Pendapat seorang tua
adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
2.
Menyokong kesalahan
adalah menindas kebenaran
3.
Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang
mana adalah sekeping daging
4.
Mereka yang bersifat
pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin
5.
Jagailah ibubapa
kamu,nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu
6.
Bakhil terhadap apa
yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah
7.
Kekayaan seorang bakhil
akan turun kepada ahli warisnya atau keangin. Tidak ada yang terpencil dari
seorang yang bakhil
8.
Seorang arif adalah
lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan
9.
Ilmu adalah lebih baik
dari pada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai ,sedangakn ilmu menjaga kamu
10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan
angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang
11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada
membalas dendam
12. Mengajar adalah belajar
13. Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu
jadikan keluargamu hina dan miskin
14. Insan terbahagi kepada 3 :
q
mereka yang mengenal
Allah
q
mereka yang mencari
kebenaran
q
mereka yang tidak berpengetahuan
dan tidak mencari kebenaran. Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah
dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti
kambing
15. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat
tawadhu' dan lemah
16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu
terhadap Allah
17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah
selamat dari mencari kesilapan orang lain
18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia
lakukan untuk memperbaiki dirinya
19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila
ia mati
20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan
kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka
rahsia2 kebenaran itu.
21. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak
melampaui batas
22. Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya
23. Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang
meminta
24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur
di atas kehilangan hartanya
25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya
nescaya hilang apa yang mengenainya
26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri
daripada golongan mereka yang mengumpat
27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran
28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang
lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba
29. Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa
30. Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada
manusia) adalah suatu kehambaan
31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan
32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat
33. Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang
paling besar
34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan
35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan
bersedekah
36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa
yang dikatakannya
37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2
38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan
39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya
40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka,
kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar